40 nasihat Saiyidina Ali r.a

40 nasihat Saiyidina Ali r.a sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyiin r.a.

  1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda
  2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
  3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging
  4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
  5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu
  6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah
  7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil
  8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
  9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai , sedangakan ilmu menjaga kamu
  10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
  11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
  12. Mengajar adalah belajar
  13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin
  14. Insan terbahagi kepada 3 :a) Mereka yang mengenal Allah b) Mereka yang mencari kebenaran c) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Glongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
  15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah
  16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
  17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain
  18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
  19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati
  20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
  21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
  22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
  23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta
  24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
  25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
  26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
  27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
  28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
  29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa
  30. Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan
  31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
  32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
  33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
  34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan
  35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
  36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya
  37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura
  38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
  39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
  40. kejayaan yang telah kamu perolehi.

Post a Comment

© Ranah Islam. All rights reserved. Developed by Jago Desain